Rabu, 30 Jun 2021

KRITERIA PENERIMAAN ZAKAT

#PENERIMADANKRITERIAPENERIMAZAKAT

PENERIMA DAN KRITERIA PENERIMA ZAKAT BAGI YANG TERKESAN DENGAN PANDEMIK COVID-19 HARUSLAH DI AMBIL PERHATIAN. SILA RUJUK KEPADA PUSAT ZAKAT BERHAMPIRAN MOGA-MOGA DIPERMUDAHKAN ALLAH

Terdapat 8 Asnaf Zakat

1. Asnaf Fakir

Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

2.Asnaf Miskin

Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

3. Asnaf Amil

Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

4. Asnaf Muallaf

Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

5. Asnaf Riqab

Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

6. Asnaf Fisabilillah

Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

7. Asnaf Gharimin

Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

8. Asnaf Ibnu Sabil

Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:

Putus bekalan dalam perjalanannya.
Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
Ditinggalkan dalam perjalanan.

https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/penerima-kriteria-penerimaan-zakat/



Tiada ulasan:

Catat Ulasan