Ahad, 21 Disember 2014

Ikrar pemutus dengan semua Musuh Musuh Allah



IKRAR PEMUTUS HUBUNGAN DENGAN JIN


'Segala Puji & Syukur milik Allah & Salawat serta Salam buat junjungan Rasulullah SAW. Ikhtiar di bawah untuk memutuskan perjanjian kita atau datuk/nenek moyang kita dengan spesis jin/saka. Ikhtiarkan bacaan ikrar di bawah ini bersungguh-sungguh dengan harapan bantuan Allah untuk memutuskan perjanjian dengan semua jenis jin.

Ambil air mineral/zamzam/Rukyah Surah-Surah ini (Alfatihah,AyatKursi,Albqarah ayat 285 dan 286,Alikhlas,AlFalaq,Annas...), kemudian bacakan ikrar di bawah ini perlahan-lahan, memadai boleh didengar sendiri DAN bulatkan hati memohon pertolongan dari ALLAH SWT...

Habis baca tiupkan di dalam air serta minum, ikhtiarkan berterusan, Insya Allah anda akan rasa kesannya. Selamat Mencuba, Wallahu'alam.

-Doa IKRAR PEMUTUS


بسم الله


Ya Allah , sesungguhnya saya & mewakili keluarga saya dengan penuh sedar & insaf dengan ini mengisytiharkan :


1.Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yg kami atau orang sebelum kami pernah lakukan secara sedar atau tidak dengan golongan jin sekiranya ada

2.Mengharamkan tubuh kami dr dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apa jua jenis jin

3.Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan & pertolongan Allah.


بسم الله

Ya Allah mulai dari saat ini :Saya haramkan semua makanan saya, minuman saya, seluruh anggota tubuh saya dari semua jin di dalam DAN di luar tubuh saya atau yang mengganggu saya,Sekiranya Ya AllahMereka makan , minum , guna , ganggu , jadikanlah Ya Allah semua pemberian DAN milikMu itu Ya Allah sebagai racun,Racun yang amat panasRacun yang amat bisaRacun yang membakarRacun yang membunuhSemua jin-jin itu Ya AllahAmin 3x Ya Rabbal A'lamin .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan