Khamis, 20 Mei 2021

RAWATAN ISLAM RUQYAH BEKAM URUT GURAH

TABUT SAKINAH

Adalah peti ketenangan yang berisi barang PENINGGALAN Keluarga Nabi Musa Dan Nabi Harun.

Ada pendapat MENGATAKAN isinya Tongkat Nabi Musa Serban Nabi Harun dan mushhaf mushhaf Kitab

JADI buleh dibuat kesimpulan terdapat isinya Barang Berharga iaitu Mukjizat Nabi Musa Dan Nabi Harun, wallah hu alam

DENGAN MUKJIZAT MUKJIZAT INI ia menjadi ketenangan dalam beribadah kepada Allah SWT kerana PETI Tabut ini Di bawa oleh malaikat.

Apabila kita berbincang mengenai Mukjizat Nabi Muhammad dan UMAT Nabi SAW. Di akhir Zaman ini adalah sudah pasti Al Quran Kalam Allah yang terpelihara. Dan juga membawa ketenangan keberkahan kesembuhan bagi penyakit penyakit hati yang ada di dalam dada manusia.

Alquran juga Di turunkan perantaraan malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW. Dan MUKJIZAT UMAT NABI MUHAMMAD SAW SAMPAI HARI KIAMAT.

Jadi tanda sesebuah Negara Islam itu lah wajib mengamalkan Alquran dalam kesemua aspek, dan tanda seseorang itu muslim dan beriman dan mendapat ketenangan juga pasti seseorang itu berusaha mengamalkan Alquran didalam Kehidupan Diri dan keluarga.

BACA LAH FIKIRLAH DAN BERUSAHA LAH UNTUK MENGAMALKAN SETIAP AYAT AYAT SURAT CINTA DARI MAHA PENCIPTA RABB Kita kerana telah meninggalkan mukjizat yang membawa ketenangan kepada UMAT yang Di bawa oleh perantaraan malaikat JIBRIL.

WALLAH HU ALAM.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَقَا لَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ اِنَّ اٰيَةَ مُلْکِهٖۤ اَنْ يَّأْتِيَکُمُ التَّا بُوْتُ فِيْهِ سَکِيْنَةٌ مِّنْ رَّبِّکُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ اٰلُ مُوْسٰى وَاٰ لُ هٰرُوْنَ تَحْمِلُهُ الْمَلٰٓئِكَةُ  ۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰ يَةً لَّـکُمْ اِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِيْنَ
"Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman"."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 248)

#tabutsakinah
#AlQuran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan