Isnin, 4 Februari 2019

Rawatan islam ruqyah bekam urut dan gurah

Sayyadatina Aisyah rdh berkata, "Pada suatu ketika Rasulullah SAW telah masuk ke rumah dan aku dapat Merasakan daripada wajah Baginda SAW bahawa sesuatu perkara yang besar telah berlaku kepadanya. Baginda SAW telah berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Aku telah merapatkan diri ke dinding untuk mendengar perkara yang disabdakan oleh Baginda. Baginda SAW telah duduk Di atas mimbar lalu memuji dan memuja Allah SWT lantas bersabda, lantas bersabda, " Wahai manusia, sesungguhnya Allah SWT telah berfirman kepada kamu, 'Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada melakukan kemungkaran, sebelum Tiba waktu nya kamu berdoa kepadaKu tetapi Aku tidak akan memperkenankan doa kamu. Kamu meminta daripada KU tetapi Aku tidak akan memberikan kepadamu, kemudian kamu memohon bantuan kepadaKu(terhadap musuhmu) tetapi Aku tidak akan membantu kamu.' Baginda SAW tidak menambah selain daripada perkataan itu sehingga Baginda SAW turun dari mimbar. "(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan Ibnu Majah.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan