Selasa, 30 Disember 2014

Rawatan Jarak Jauh di akhiri adengan sedih dari jin pengasih

RAWATAN JARAK JAUH DI AKHIRI DENGAN WATAK SEDIH YANG DI LAKONKAN OLEH JIN PENGASIH

Rawatan jarak jauh ini bermula hari isnin dan selesai pada hari rabu... seperti biasa perawat memulakan rawatan jarak jauh selepas jam 12 am...

Setelah solat sunat 2 rakaat memohon perlindungan dan memohon keampunan kepada Allah berbekalkan tawajuh kepada Allah ... perawat memulakan sesi rawatan dengan di niatkan pada gambar dan membacakan surah yassin dan doa dari jauh.

Setelah 3 hari berturut membacakan yassin dari jarak jauh dan doa... pada hari terakhir ... ketika tepat jam 3.59 am kedengaran suara tangisan yang lemah gemalai ...

Pada permulaan suara tangisan itu kuat dan lama kelamaan terdengar sayup sayup ... setelah di bacakan ruqyah ayat kursi berulang ulang dan menghilang ...

Bagi perawat bersangka baik suara tangisan itu pastinya dari anak jiran sebelah yang kelaparan susu... supaya kita sentiasa menjaga akidah kita dan tidak mudah di tipu oleh musuh musuh Allah

Jangan biarkan diri kita dibelenggu misteri???gangguan jin??Serta gangguan musuh musuh Allah....perbaiki akidah dan tauhid kita kepada Allah dengan mempelajari ilmu ilmu tauhid yang berlandakan Alquran dan Assunnah ...

wallah hu alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan