Selasa, 16 Disember 2014

Mengingati Mati Untuk Segera Bertaubat Dan Berubah Lebih Baik








Mengingati kematian adalah satu jalan cara untuk segera untuk bertaubat dan salah satu anjakan paradigma untuk mengubah diri.... Renungkan firman Allah....


Firman Allah SWT, “Tiap-tiap umat mempunyai ajal (batas waktu), maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya sesaat pun dan tidak dapat mempercepatkannya.” (Al-A’raf: 34)


“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (Luqman: 34)


Hakikatnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa tanpa kita sangka-sangka. Kematian tidak akan terlewat sedetik pun dan tidak akan cepat sedetik pun kerana ia datang dengan ketentuan Allah SWT dan ilmunya hanya pada Allah SWT.


Al-Daqqaq rahimahullah berkata, “Barangsiapa yang banyak mengingati mati dimuliakan dengan tiga hal: “Segera bertaubat, hati merasa cukup, dan giat beribadah. Dan barangsiapa yang melupakan kematian diberi hukuman dengan tiga hal; menangguhkan taubat, tidak redha dengan keadaan, dan malas dalam beribadah.” (Al-Tadzkirah fi Ahwal Al-Mauta wa Umur Al-Akhirah, karangan Al-Qurthubi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan