Ahad, 25 Ogos 2019

Allah SWT berfirman

Allah SWT berfirman:

"Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
(QS. Al-Qasas 28: Ayat 88)

Sabtu, 24 Ogos 2019

Rawatan islam ruqyah sihir saka santau serta bekam urut dan gurah Meru klang

PROSES PENYUCIAN ROHANI DENGAN BERTASBIH DALAM RAWATAN ISLAM


DENGAN NAMA ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Allah SWT berfirman:

"Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 30)

Allah SWT berfirman:

"Nabi Zakaria berkata lagi: Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda.Allah berfirman: Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari  melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah, pada waktu malam dan pada waktu pagi."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 41)

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya mereka yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 206)

Allah SWT Berfirman:-

"Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah mengenai perkara yang berhubung dengan Allah Padahal Ia Amat keras azab seksanya."
(QS. Ar-Ra'd 13: Ayat 13)

Allah SWT berfirman:

"Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud."
(QS. Al-Hijr 15: Ayat 98)

Allah SWT berfirman:

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."
(QS. Al-Isra' 17: Ayat 44)

Allah SWT berfirman:

"Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab, lalu ia memberi isyarat kepada mereka: Hendaklah kamu bertasbih pagi dan petang."
(QS. Maryam 19: Ayat 11)

Allah SWT berfirman:

"Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan."
(QS. An-Nur 24: Ayat 41)

Allah SWT berfirman:-

"Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;"
(QS. Al-Furqan 25: Ayat 58)

Allah SWT berfirman:

"maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh."
(QS. Ar-Rum 30: Ayat 17)

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud, dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur."
(QS. As-Sajdah 32: Ayat 15)

Allah SWT berfirman:

"Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang."
(QS. Al-Ahzab 33: Ayat 42)

Allah SWT berfirman:

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami: Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung ! Dan juga telah melembutkan besi baginya;"
(QS. Saba' 34: Ayat 10)

Allah SWT berfirman:

"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih!"
(QS. As-Saffat 37: Ayat 166)

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari."
(QS. Sad 38: Ayat 18)

Allah SWT berfirman:

"Dan unggas turut berhimpun tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya."
(QS. Sad 38: Ayat 19)

Allah SWT berfirman:

"Dan engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; mengucapkan: Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!"
(QS. Az-Zumar 39: Ayat 75)


AMEEN 










Allah SWT Berfirman

Allah SWT berfirman:

"Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."
(QS. Al-Hadid 57: Ayat 4)

Selasa, 6 Ogos 2019

RAWATAN ISLAM RUQYAH DAN AMALAN ZIKIR DALAM RAWATAN ISLAM

Allah SWT berfirman:

"Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 203)

Ahad, 4 Ogos 2019

RAWATAN ISLAM RUQYAH

Allah SWT berfirman:
"Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu, yang disediakan untuk orang-orang kafir."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 24)